Sunday, 9 December 2012




Cikgu Abdul Majid Bin Mat Isa, dilahirkan pada 31 Disember 1939. Berasal dari Kerabat Diraja Jembal (Kerajaan Tua Negeri Kelantan Lama) dan tinggal Kg Kepala Bukit, Gurun, Kedah Darulaman. Mula bergiat dalam Seni Silat Gayung pada 20hb Jun 1956, melalui Mahaguru Meor Abd Aziz, Daing Uda Mohd Hashim (Bapa) serta Tuan Guru Haji Hussain Dol (seorang alim ulama).
Beliau merupakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia setelah ditubuhkan 1978 kerana jawatan Gurulatih Kanan PSSGM beliau dilucutkan oleh Mahaguru ekoran berlakunya fitnah ke atas beliau. walaubagaimanapun, hubungan beliau dengan mahaguru tidak pernah berubah dan pihak PSSPGM tidak pernah menafikan Dato' Meor Abdul Rahman sebagai Mahaguru.  
Beliau telah diarahkan oleh Mahaguru Meor Abd Rahman (adik Mahaguru Abd Aziz) dan Allahyarham Dato' Oon Jaafar mendalami ilmu persilatan ini di pusat latihan Seni Silat Gayung School Wood Land Singapura pada tahun 1959, selama setahun. Setelah segalanya selesai beliau pulang ke Kedah dan menjadi jurulatih di sana sebagai Guru Tertinggi pada tahun 1960.
Pada penghujung tahun 1961 sekali lagi beliau ke Singapura mendalami ilmu bermain senjata (keris) dan pada pertengahan 1962, beliau pulang semula ke Kedah dan di sini beliau melatih murid-murid bermain senjata sehingga kini. Tempat-tempat yang pernah beliau ajar seperti di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang dan Medan Indonesia. Beliau mempunyai anak seramai 10 orang (7 lelaki dan 3 perempuan)

Kata-kata Cikgu Abdul Majid Bin Mat Isa:

Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya.




Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.

Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.

“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Maksud gayong


Pada zaman silam, hanya individu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna. Mereka ini sebenarnya telah memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sifat ini kemudiannya menjadi semakin subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat. Bagi mereka yang belum mempunyai kualiti sedemikian, melalui seni silat mereka dididik dan diasuh sehingga mencapai tahap tersebut.

 
Gayong Jawi

Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif - Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
 
Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.
 
Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.  

Lagu Gayong

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

لا تخف ولا تحزن ان الله معنا

لا تخف ولا تحزن ان الله معنا

 (la takh'f wala tahzan,innalLAHA ma'ana)






Gelanggang persatuan seni silat pusaka gayong meheliah, adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan mengembangkan seni persilatan gayong yang mempertahankan agama, negara, pertahankan diri serta keluarga yang tersayang. Gelanggang silat ini telah di tubuhkan balik pada tahun 2009.

Kita sebagai pesilat dan khalifaf di muka bumi ini perlulah sentiasa tunduk dan patuh pada ALLAH S.W.T kerana kita wajib sebagai umat islam. kita memerlukan kehidupan yang diredaiNYA untuk memastikan apa yang kita pelajari itu diberkati, selain itu sebagai pesilat kita perlulah menpunyai sifat rendah diri "Resam Padi" kerana sifat ini adalah satu sifat yang mulia bagi pesilat. Semakin banyak ilmu yang kita ada semakin tunduk lah kita tidak sama dengan "Resam Lalang", dimana semakin banyak ilmu yang diperolehi semakin sombong lah dirinya. Bila situasi ini berlaku segala perihal boleh berlaku seperti mana yang dapat dilihat adakalanya mereka ingin menjadi samseng membuli orang yang lemah, mula gilakan pangkat  menunjuk-nunjuk ilmu yang ada, dan rasa hebat di kalangannya.

Kita menjadikan silat ini sebagai ibadah mengikut paksi yang benar dalam islam. Dalam silat ini ada tahap masing-masing bermula dari bawah hingga la diatas, dimana dapat kita lihat setiap apa yang kita belajar ada susah senangnya tak kira apa jua pun. Kita mesti selalu beristighfar membetulkan niat kita, jangan lah kita belajar silat ini demi mengejar bekongnya apa yang penting ilmu dan pemahamannya dan bila kita dapat memahami semua ini pasti akan ada yang bersama kita. 

Ilmu persilatan juga ada baik dan buruknya, kita memohon perkara yang baik dan jauhkan perkara yang buruk dan menyesatkan.Dan kita perlulah selalu mengingati mati kerana ada lagi yang hebat pada kita yang menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa setiap manusia, kita orang melayu dan lagi hebat bila kita menambahkan ciri-ciri islam dalam diri jangan kita jadikan diri kita melayu tanpa islam hanya sekadar nama. :)

Muizz Mustapha
Pecah Gayong di dalam dulang, 
Dulang hanyut di lautan tujuh, 
Perpecahan Gayong perpecahan sayang, 
Di satu masa kita akan kembali bersatu dan teguh.

"Jadikan persilatan sebagai Ibadah"
"Kita berjuang atas satu langit dan bumi"
"Hak masing-masing jangan bawanya pada gelanggang"