لا تخف ولا تحزن ان الله معنا
(la takh'f wala tahzan,innalLAHA ma'ana)
Gelanggang persatuan seni silat pusaka gayong meheliah, adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan mengembangkan seni persilatan gayong yang mempertahankan agama, negara, pertahankan diri serta keluarga yang tersayang. Gelanggang silat ini telah di tubuhkan balik pada tahun 2009.
Kita sebagai pesilat dan khalifaf di muka bumi ini perlulah sentiasa tunduk dan patuh pada ALLAH S.W.T kerana kita wajib sebagai umat islam. kita memerlukan kehidupan yang diredaiNYA untuk memastikan apa yang kita pelajari itu diberkati, selain itu sebagai pesilat kita perlulah menpunyai sifat rendah diri "Resam Padi" kerana sifat ini adalah satu sifat yang mulia bagi pesilat. Semakin banyak ilmu yang kita ada semakin tunduk lah kita tidak sama dengan "Resam Lalang", dimana semakin banyak ilmu yang diperolehi semakin sombong lah dirinya. Bila situasi ini berlaku segala perihal boleh berlaku seperti mana yang dapat dilihat adakalanya mereka ingin menjadi samseng membuli orang yang lemah, mula gilakan pangkat menunjuk-nunjuk ilmu yang ada, dan rasa hebat di kalangannya.
Kita menjadikan silat ini sebagai ibadah mengikut paksi yang benar dalam islam. Dalam silat ini ada tahap masing-masing bermula dari bawah hingga la diatas, dimana dapat kita lihat setiap apa yang kita belajar ada susah senangnya tak kira apa jua pun. Kita mesti selalu beristighfar membetulkan niat kita, jangan lah kita belajar silat ini demi mengejar bekongnya apa yang penting ilmu dan pemahamannya dan bila kita dapat memahami semua ini pasti akan ada yang bersama kita.
Ilmu persilatan juga ada baik dan buruknya, kita memohon perkara yang baik dan jauhkan perkara yang buruk dan menyesatkan.Dan kita perlulah selalu mengingati mati kerana ada lagi yang hebat pada kita yang menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa setiap manusia, kita orang melayu dan lagi hebat bila kita menambahkan ciri-ciri islam dalam diri jangan kita jadikan diri kita melayu tanpa islam hanya sekadar nama. :)
Muizz Mustapha
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kita akan kembali bersatu dan teguh.
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kita akan kembali bersatu dan teguh.
"Jadikan persilatan sebagai Ibadah"
"Kita berjuang atas satu langit dan bumi"
"Hak masing-masing jangan bawanya pada gelanggang"
"Kita berjuang atas satu langit dan bumi"
"Hak masing-masing jangan bawanya pada gelanggang"
No comments:
Post a Comment