Monday, 21 January 2013

Adat-adat Silat Seni Pusaka Gayong


Di antaranya adat yang diamalkan adalah:

  • Mandi Tapak
  • Mandi Seni
  • Mandi Minyak
  • Khatam Permainan Keris




Mandi Tapak:


Ahli lelaki yang hendak memulakan latihan silat ini iaitu di peringkat Tapak Pusaka Gayong dikehendaki terlebih dahulu menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:
  • Mas kawin (wang pengkeras)
  • Sesisir pisang emas
  • Sebiji limau nipis
  • Akar sintuk
  • Asam jawa
  • Garam halus
  • Kemenyan
  • Bertih padi
  • Tujuh bilah jarum
  • Beras kunyit/putih







Mandi Seni:


Ahli wanita yang ingin memulakan latihan silat ini tidak perlu melalui upacara Mandi Tapak. Mereka hanya dikehendaki Mandi Seni. Manakala ahli lelaki yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya setelah selesai peringkat Tapak Pusaka Gayong dikehendaki menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:
  • Mas kawin (wang pengkeras)
  • Sesisir pisang emas
  • Sebiji limau nipis
  • Akar sintuk
  • Asam jawa
  • Garam halus
  • Kemenyan
  • Bertih padi
  • 21 bilah jarum
  • Beras kunyit/putih
  • 7 jenis kuntum bunga
  • Benang 7 warna
  • Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya (untuk ahli wanita sahaja)

Mandi Minyak:


Upacara ini terbuka kepada semua ahli tidak mengira peringkat. Ahli yang menyertai mandi minyak dikehendaki mengopek, membelah dan memarut/mengukur kelapa. Seterusnya kelapa tersebut diperah santannya dan dimasak secara bersama di dalam kawah sehingga menjadi minyak kelapa. Setelah itu ahli dikehendaki menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya disapu ke seluruh badan.

Khatam Permainan Keris:

Upacara ini menandakan tamat pelajaran peringkat Seni Keris. Upacara ini biasanya diadakan di tepi pantai (laut). Ia juga merupakan cabaran atau dugaan terakhir untuk latihan Seni Keris.

No comments:

Post a Comment