Monday, 21 January 2013

Pelajaran silat Pusaka gayong

Pelajaran Silat Pusaka Gayong terdiri dari 7 peringkat iaitu:


  • Tapak Pusaka Gayong
  • Seni Pusaka Gayong (Pisau/Parang/Lembing)
  • Seni Keris
  • Seni Simbat
  • Seni Yoi
  • Seni Cindai
  • Seni Belian (Kebatinan)


Tapak Pusaka Gayong:

  • Cara-cara senaman & gerakan
  • Senaman anak harimau
  • Tapak asas kedudukan
  • Tapak menyerang
  • Pukul memukul
  • Buah tangkapan (kunci mati) sebanyak 21 biji
  • Buah pentas serang menyerang sebanyak 21 biji


Seni Pusaka Gayong:

Setelah lulus ujian Tapak Pusaka Gayong dan mandi seni Gayong, ahli akan diajar cara-cara tangkapan pisau sebanyak 25 tangkapan kunci mati dan permainan pentas pisau. Ahli juga akan diajar tangkapan serangan parang panjang dan permainan pentas parang panjang.


Seni Keris:

Ahli yang telah tamat belajar peringkat Seni Pusaka Gayong akan diajar cara bermain tikaman keris sebanyak 49 tikaman.


Seni Simbat:

Seni ini adalah kaedah menggunakan senjata panjang seperti kayu, rotan dan lembing. Ahli yang telah tamat belajar peringkat Seni Keris akan diajar cara tangkapan bagi mereka yang hendak memukul dengan senjata panjang .

Pelajaran lembing didakwa sebagai warisan Megat Terawis seorang panglima kerajaan Perak dan mengandungi cara-cara tikaman:-

  • Tikaman Lurus
  • Tikaman Sula
  • Tikaman Rembat
  • Tikaman Hentak
  • Tikaman Rejang/Rejam


Seni Yoi:

Ahli yang telah tamat belajar peringkat Seni Simbat akan diajar kaedah memukul atau menewaskan musuh yang lebih besar saiz tubuhnya atau lebih kuat atau bila jumlah musuh lebih ramai. Seni ini menggunakan kaedah lompatan bagi menipu atau mengelirukan musuh seperti gerakan kera atau monyet atau ulat jejentik.


Seni Cindai:

Seni ini adalah kaedah menggunakan pakaian seperti kain tudung, kain sarung, serban, bengkong, kain ikat kepala, tuala dan tali pinggang sebagai senjata. Seni ini biasanya diajar kepada ahli wanita dan mereka yang telah berumur 40 tahun keatas sahaja.


Seni Belian (Kebatinan):

Seni ini adalah pelajaran ilmu kebatinan/dalaman dan akan diajar kepada ahli yang telah mencapai tahap tertentu sahaja. Bagi menguasai seni ini ahli dikehendaki membaca surah Al-Ikhlas dan ayat sembilan didalam jumlah dan kaedah yang tertentu.




No comments:

Post a Comment